Dua maut tersepit dalam nahas dua kenderaan di Sibu

LocalCars
3 Oct 2026 • 10:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua maut tersepit dalam nahas dua kenderaan di Sibu
Dua individu maut selepas kereta Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di Jalan Sibu-Durin di sini petang tadi. - Foto: JBPM

SIBU - Dua individu maut selepas kereta Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di Jalan Sibu-Durin di sini petang tadi.

Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini memaklumkan kedua-dua mangsa, iaitu Julaihi Raduan, 52, dan Marliza Salleh, 49, ditemukan tersepit serta tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Pasukan bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan menyelamat sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sarawak memaklumkan Mitsubishi Triton pula dinaiki lima individu terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak.

"Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan ringan manakala seorang lelaki berusia 45 tahun serta tiga kanak-kanak berusia empat, tujuh dan 10 tahun dilaporkan selamat,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved