Pembantu kedai makan maut dalam perjalanan pulang kerja

3 Oct 2026 • 3:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pembantu kedai makan maut dalam perjalanan pulang kerja

JEMPOL – Seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal ditunggangi terbabas sebelum tubuhnya dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 7, Jalan Bahau-Tampin, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 30 tahun sedang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dari arah Bahau menghala ke Tampin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, ketika tiba di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal terjatuh di atas jalan raya dan dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan pada bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan di kepala, badan serta kaki sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. – KOSMO! ONLINE

The post Pembantu kedai makan maut dalam perjalanan pulang kerja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved