Warga asing dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di kebun sayur

2 Oct 2026 • 7:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga asing dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di kebun sayur

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga asing dikhuatiri tertimbus tanah runtuh ketika berada di dalam sebuah rumah kongsi di sebuah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.12 petang sebelum sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, berlaku runtuhan tanah dari cerun setinggi kira-kira 50 meter.

“Hasil maklumat awal, seorang lelaki warga asing dipercayai berada di dalam sebuah rumah kongsi binaan kayu ketika berlaku runtuhan tanah.

“Lokasi kejadian terletak kira-kira lima kilometer dari Pondok Polis Lojing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Azrul memberitahu, operasi mencari dan mengesan mangsa dimulakan kira-kira pukul 5.54 petang dengan bantuan pihak polis. – KOSMO! ONLINE

The post Warga asing dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di kebun sayur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved