Dua motosikal peserta konvoi RXZ Members terbakar selepas kemalangan

LocalCars
31 Jul 2026 • 11:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua motosikal peserta konvoi RXZ Members terbakar selepas kemalangan

ROMPIN: Dua motosikal yang menyertai konvoi ke program RXZ Members di Terengganu terbakar selepas terlibat kemalangan di Kilometer 100 Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran Politeknik Muadzam Shah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu, kedua-dua penunggang masing-masing berusia 34 tahun dan 41 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati, penunggang sebuah motosikal Yamaha RXZ dipercayai dalam perjalanan dari Johor menuju ke Terengganu bagi menyertai program RXZ Members.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal itu dipercayai terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lagi motosikal Suzuki TXR150 yang datang dari arah belakang.

“Pelanggaran itu mengakibatkjan kedua-dua motosikal terseret di atas permukaan jalan sebelum terbakar sepenuhnya. Bagaimanapun, kedua-dua penunggang diselamatkan orang awam sebelum api marak,” katanya di sini hari ini.

Sharif Shai berkata, mangsa berusia 41 tahun mengalami kecederaan pada tangan kiri dan beberapa luka pada badan, tangan serta kaki manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di kepala selain luka pada badan, tangan serta kaki.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan. – UTUSAN

 

 

The post Dua motosikal peserta konvoi RXZ Members terbakar selepas kemalangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved