[VIDEO] Terengganu sambut peserta RXZ Members 8.0, hulur hadiah dari atas jejambat

31 Jul 2026 • 8:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Terengganu sambut peserta RXZ Members 8.0, hulur hadiah dari atas jejambat

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan penduduk menghulurkan hadiah kepada peserta program RXZ Members 8.0 dari atas jejambat mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Threads, cikknurul_02, penduduk dilihat berdiri di atas jejambat sambil menghulurkan bungkusan kepada penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran mereka ke bumi Terengganu.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji sikap mesra penduduk Terengganu.

“Terima kasih orang baik.. semoga dipermudahkan rezeki sekeluarga.. orang Terengganu memang baik-baik.. negeri bahagia di Malaysia,” tulis aliabdrahman9585.

“Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki kepada pemberi dan rider-rider kental itu. Hati-hati menunggang motosikal, semoga selamat perjalanan pergi dan balik,” komen mie.black.716.

Esok, peminat motosikal legenda Yamaha RXZ bakal kembali berkumpul dalam satu perhimpunan penuh semangat menerusi RXZ Members 8.0 2026 yang akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Terengganu sambut peserta RXZ Members 8.0, hulur hadiah dari atas jejambat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved