KBS tubuh dua jawatankuasa khas, pacu persiapan F1 GP Bahrain di Sepang

30 Jul 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KBS tubuh dua jawatankuasa khas, pacu persiapan F1 GP Bahrain di Sepang

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi memastikan penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober depan berlangsung lancar mengikut perancangan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, dua jawatankuasa berkenaan membabitkan jawatankuasa induk yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta jawatankuasa teknikal di bawah KBS bagi menyelaras keseluruhan gerak kerja penganjuran.

Menurut beliau, jawatankuasa induk akan menghimpunkan Ketua Setiausaha (KSU) setiap kementerian, Ketua Pengarah (KP), agensi keselamatan dan pihak berkaitan bagi memastikan penyelarasan merentas kementerian berjalan secara menyeluruh.

“Jawatankuasa induk akan dipengerusikan oleh KSN dengan keanggotaan melibatkan KSU setiap kementerian, KP, pihak keselamatan dan lain-lain agensi berkaitan.

“Di peringkat KBS pula, satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan dan saya sendiri akan memantau segala perancangan yang dilaksanakan,” katanya selepas meninjau keadaan trek SIC di sini hari ini.

Tambah beliau, SIC juga akan mengemukakan laporan perkembangan secara berkala kepada jawatankuasa teknikal KBS bagi memastikan setiap aspek persiapan dapat dipantau dengan teliti sehingga hari perlumbaan.

Dalam perkembangan sama, Taufiq memaklumkan pemeriksaan awal oleh pasukan teknikal Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) minggu lalu memberikan gambaran positif apabila tiada sebarang isu kritikal dikenal pasti pada litar berkenaan.

Katanya, hanya beberapa kerja penambahbaikan dan naik taraf diperlukan bagi memenuhi spesifikasi ditetapkan FIA sebelum perlumbaan berlangsung.

Beliau turut mengesahkan Litar Antarabangsa Sepang akan ditutup kepada orang awam bermula 7 September bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan, naik taraf serta ujian akhir, sekali gus memastikan semua kemudahan berada pada tahap terbaik menjelang F1 GP Bahrain.-UTUSAN

The post KBS tubuh dua jawatankuasa khas, pacu persiapan F1 GP Bahrain di Sepang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved