Dua pekerja Air Canada ditahan berhubung penyeludupan dadah

27 Aug 2026 • 11:43 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua pekerja Air Canada ditahan berhubung penyeludupan dadah

RCMP memaklumkan penggeledahan sedang dijalankan di dua kediaman dan sebuah kenderaan di wilayah Greater Montreal, sambil menambah bahawa Air Canada membenarkan polis menggeledah tempat kerja kedua-dua pekerja itu di bandar Dorval.

WASHINGTON: Dua pekerja syarikat penerbangan nasional Kanada, Air Canada ditahan berhubung penyeludupan dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Montreal-Trudeau, menurut Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kepolisan Persekutuan Wilayah Timur RCMP mengumumkan penahanan dua pekerja Air Canada berhubung penyeludupan kokain dan kanabis melalui Lapangan Terbang Montreal-Trudeau,” menurut agensi penguatkuasaan undang-undang itu dalam kenyataan media.

RCMP memaklumkan penggeledahan sedang dijalankan di dua kediaman dan sebuah kenderaan di wilayah Greater Montreal, sambil menambah bahawa Air Canada membenarkan polis menggeledah tempat kerja kedua-dua pekerja itu di bandar Dorval.

“Kedua-dua suspek memegang pelbagai jawatan berkaitan operasi darat di Air Canada. Mereka didakwa terbabit dalam pakatan sulit untuk membawa dan memindahkan bagasi melalui kawasan di lapangan terbang yang aksesnya terhad bagi memudahkan pengimportan kokain dan pengeksportan kanabis,” menurut pihak penguatkuasaan undang-undang.

Siasatan terhadap kedua-dua individu itu bermula pada Mei 2026 selepas Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada memintas 62.5 kilogram (kg) kokain di dalam beg galas yang dibawa dalam penerbangan dari Punta Cana di Republik Dominika.

Polis memaklumkan siasatan itu turut membawa kepada rampasan 56 kg kanabis.

RCMP memaklumkan kedua-dua pekerja berkenaan akan disoal siasat dan dibebaskan sementara menunggu prosiding selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved