Dua wanita pengsan selepas terjatuh ketika bermain gelongsor air

25 Aug 2026 • 9:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua wanita pengsan selepas terjatuh ketika bermain gelongsor air

MELAKA: Dua orang wanita masing-masing berusia 46 dan 31 tahun pengsan selepas terjatuh daripada pelampung ketika bermain permainan gelongsor air di sebuah taman teman air dan resort di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mangsa menaiki pelampung berkembar sebelum dipercayai tercampak keluar ketika menuruni gelongsor berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada anak kepada salah seorang mangsa pada pukul 11.05 pagi, Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan laporan, pengadu yang berada bersama ahli keluarganya di taman tema berkenaan mendakwa melihat ibu dan ibu saudaranya keluar dari gelongsor tanpa pelampung sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa pertama mengalami kecederaan di bawah dagu, sakit di bahagian kepala dan dada serta luka pada lutut kanan manakala mangsa kedua mengalami sakit pada beberapa bahagian badan.

“Kedua-duanya kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Halim berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mendakwa pelampung berkenaan seperti melanggar sesuatu ketika menuruni gelongsor.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam kejadian tersebut dan kes lebih menjurus kepada tuntutan sivil. – UTUSAN

The post Dua wanita pengsan selepas terjatuh ketika bermain gelongsor air appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved