Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal dan kereta

2 Oct 2026 • 10:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal dan kereta

IPOH – Dua pelajar perempuan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat nahas dengan sebuah kereta di Taman Perpaduan Ria, Tambun di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan itu diterima pihaknya pada pukul 7.22 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun segera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan motosikal jenis Yamaha EZ115.

“Terdapat tiga mangsa iaitu pelajar perempuan yang menaiki motosikal berkenaan dan kesemua mangsa tidak tersepit,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan separa sedar.

“Anggota Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal kepada mangsa cedera dengan memasang cervical collar sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 8.33 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal dan kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved