Dua Pelajar Perempuan Ditemukan Meninggal Dunia Di Flat Sungai Pari

25 Jul 2026 • 11:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Pelajar Perempuan Ditemukan Meninggal Dunia Di Flat Sungai Pari

Dua Pelajar Perempuan Ditemukan Meninggal Dunia Di Flat Sungai Pari

IPOH, 25 Julai (Bernama) -- Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari di sini, petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada waktu petang dan siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemui tidak sedarkan diri di lokasi kejadian serta disahkan meninggal dunia.

"Setakat ini siasatan tidak menemukan sebarang keterangan menunjukkan penglibatan mana-mana pihak lain. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Baca juga:

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mohd Alwi berkata polis turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa selain menasihatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga, tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih hingga mengganggu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved