Padah lari pemeriksaan polis, dua lelaki ditahan

25 Jul 2026 • 4:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Padah lari pemeriksaan polis, dua lelaki ditahan

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Dua lelaki yang memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah ditahan di Jalan Sungai Pusu, Gombak selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Persiaran Dagang, Sri Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 50-an dan menaiki kereta Nissan Grand Livina enggan memberhentikan kenderaan bagi pemeriksaan polis pada 11.57 malam lalu melarikan diri dengan memandu secara berbahaya sebelum berjaya dikesan di Jalan Sungai Pusu.

Beliau berkata suspek sebelum itu turut bertindak agresif dengan mengundur kereta itu hingga melanggar kenderaan polis, sebelum melarikan diri dan melanggar dua kenderaan awam diparkir di tepi jalan.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek pertama memiliki 23 rekod dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod dikehendaki manakala suspek kedua mempunyai lapan rekod dadah, 10 rekod jenayah dan enam rekod lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan manakala orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat melalui media sosial atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved