Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

25 Sep 2026 • 5:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes melibatkan tiga pelajar sebuah maahad tahfiz di Perak Tengah kini dibawa ke mahkamah selepas seorang remaja mengalami kecederaan melecur tahap kedua pada bahagian dada.

Dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Jumaat berhubung kejadian tersebut. Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Didakwa tekap seterika panas

Image from: Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah
Kredit Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, kedua-dua pelajar itu didakwa secara bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 13 tahun menggunakan sebuah seterika.

Kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 4 petang pada 19 September 2026 di sebuah maahad tahfiz al-Quran di daerah Perak Tengah.

Difahamkan, kes mula mendapat perhatian selepas seorang doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis pada Isnin lalu. Mangsa mengalami kecederaan melecur tahap kedua pada bahagian dada.

Berdasarkan keterangan mangsa, dua rakannya didakwa menekapkan seterika panas pada bahagian dadanya sehingga menyebabkan kecederaan tersebut.

Jaminan RM500 setiap seorang

Image from: Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah
Kredit Foto: Janaan AI

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Prosiding dijalankan secara tertutup dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Jayasri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Nadrah Badarudin.

Mahkamah membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM500 setiap seorang dan menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

The post Dua Pelajar Tahfiz Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved