Dua pelancong, seorang lagi cedera nahas bot di Semporna

11 Nov 2026 • 8:22 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua pelancong, seorang lagi cedera nahas bot di Semporna

SEMPORNA: Dua pelancong dari China antara tiga individu cedera selepas bot yang dinaiki mereka dirempuh dari belakang di perairan Pulau Singamata, di sini, Isnin.

Dua pelancong itu, lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 28 tahun, merupakan antara lapan warga China yang berada di dalam bot itu bersama seorang juragan dan tiga kru ketika kejadian pada 11.12 pagi.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah, berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pengendali bot sebuah syarikat pelancongan.

Katanya, bot berkenaan dalam perjalanan dari Jeti Seafest ke Pulau Bohey Dulang sebelum enjinnya tersangkut sampah sehingga memaksanya berhenti di perairan Pulau Singamata.

Ketika kru sedang cuba menanggalkan sampah tersebut, sebuah lagi bot pelancong yang membawa seorang juragan dan seorang kru merempuh bot itu dari belakang.

“Rempuhan itu menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan ringan selain merosakkan bahagian belakang bot berkenaan. Juragan dan kru bot kedua tidak mengalami kecederaan, manakala bot mereka tidak mengalami sebarang kerosakan,” katanya.

Tan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 280 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan semua pengendali dan juragan bot supaya sentiasa berhati-hati serta mengutamakan keselamatan penumpang ketika mengemudi bot bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved