[VIDEO] Bertarung nyawa ke sekolah, murid naik bot ditemani buaya di Sabah

11 Nov 2026 • 4:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Bertarung nyawa ke sekolah, murid naik bot ditemani buaya di Sabah

PETALING JAYA – Perjalanan ke sekolah yang sepatutnya menjadi rutin harian bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sekumpulan murid di Pulau Tambisan, Lahad Datu, Sabah terpaksa menaiki bot merentasi perairan yang didakwa menjadi kawasan kehadiran buaya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @labu8_7, beberapa murid dilihat menaiki sebuah bot dengan memakai jaket keselamatan untuk menuju ke destinasi mereka.

Lebih membimbangkan, rakaman tersebut turut memaparkan seekor haiwan dipercayai buaya sedang timbul di permukaan air, tidak jauh dari kawasan laluan bot berkenaan.

“Allahu, bertarung nyawa anak saudara saya pergi sekolah hari-hari. Dengan naik botnya, kemudian dengan buaya tengah menunggu,” tulisnya menerusi hantaran itu.

Pemilik akaun turut berharap agar pihak berwajib mengambil perhatian terhadap situasi berkenaan sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Mungkin sesiapa boleh maklumkan kepada pihak berwajib sebelum terjadi apa-apa,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan murid yang perlu menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah.

Seorang pengguna Threads, @kaklong.yong berkata, keadaan itu amat berbahaya dan berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera.

“Allahuakbar, daerah mana ini? Sabah ya? Bahaya sungguh. Harap pihak yang berkenaan mengambil tindakan segeralah,” katanya.

Sementara itu, @dhanianaser mencadangkan supaya kutipan derma dilakukan bagi membantu menyediakan bot yang lebih baik untuk kegunaan penduduk.

“Sedihnya. Boleh buat kutipan derma untuk membeli bot yang lebih elok sedikit?” soalnya.

Seorang lagi pengguna, @msteratai turut menggesa kerajaan negeri supaya memberi perhatian terhadap kemudahan pengangkutan murid di kawasan berkenaan.

“Menteri Sabah, tolonglah beli bot yang lebih elok sedikit. Kasihan budak-budak hendak pergi sekolah,” katanya.– KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Bertarung nyawa ke sekolah, murid naik bot ditemani buaya di Sabah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved