PRN Melaka: Calon Putra buat laporan polis, dakwa dimarahi penyokong ketika kempen

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 7:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Calon Putra buat laporan polis, dakwa dimarahi penyokong ketika kempen
Tangkap layar tular dua individu dari parti berlainan bertengkar ketika kempen PRN Melaka di Gadek.

ALOR GAJAH - Calon dari Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan polis selepas mendakwa dimarahi secara kasar oleh seorang lelaki ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Selasa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, wanita itu membuat laporan berikutan bimbang terhadap keselamatan dirinya susulan kejadian berkenaan.

"Kejadian berlaku sekitar jam 6.45 petang ketika pengadu sedang menjalankan aktiviti kempen pilihan raya serta membuat pemantauan banjir di Rumah Awam Gadek.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan dua individu daripada dua parti berlainan bertengkar ketika meninjau keadaan penduduk yang terjejas akibat banjir.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek memperlihatkan persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Putra dan Barisan Nasional (BN).

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved