Dua pemandu cedera kereta bertembung

24 Nov 2026 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua pemandu cedera kereta bertembung

KUNAK: Dua pemandu, masing-masing lelaki dan perempuan cedera selepas kereta yang dipandu mereka bertembung dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 8, Jalan Kunak - Lahad Datu berhampiran Lormalong pada pagi Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.33 pagi.

“Dalam kejadian itu kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan masing-masing sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

“Pasukan bomba diketuai PBKIII Adami Madduri bersama empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba di lokasi sekitar jam 6.43 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dan Perodua Alza.

“Mangsa wanita yang tersepit dalam Perodua Alza berjaya dikeluarkan pada jam 7.05 pagi sebelum diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mangsa mengalami kecederaan ringan pada anggota tangan dan kaki.

“Sementara itu pemandu Proton Wira yang juga seorang lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala berjaya dikeluarkan jam 7.15 pagi dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS Bomba),” katanya.

Beliau berkata operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.20 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved