[KEMASKINI] Dua rentung selepas rempuh tiang elektrik

18 Nov 2026 • 1:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] Dua rentung selepas rempuh tiang elektrik

BATU PAHAT – Siasatan polis mendapati kereta dinaiki dua lelaki yang rentung selepas terlibat nahas di Jalan Jaya Diri, Rengit di sini malam tadi bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum merempuh tiang elektrik lalu terbakar.

Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan Kamal Nur Hafizi Maskat, 22, bersama remaja, Mohammed Erfan, 17, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) rentung.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushhadat Abdullah Sani berkata, pada masa sama, kereta Proton Wira dinaiki lelaki berusia 37 tahun bersama ibunya berusia 61 tahun datang dari arah Kampung Sungai Dulang Darat ke arah Pekan Rengit.

Katanya, kereta dipandu Kamal Nur Hafiz dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Wira sebelum merempuh tiang elektrik.

“Akibat kejadian itu, kereta Proton Saga tersebut terbakar dan dua mangsa di dalamnya gagal keluar menyelamatkan diri akibat tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Pemandu Proton Wira dan ibunya turut mengalami kecederaan. Mereka dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan diminta menyalurkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post [KEMASKINI] Dua rentung selepas rempuh tiang elektrik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved