Lori pengangkut kenderaan terbabas

15 Nov 2026 • 9:59 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lori pengangkut kenderaan terbabas

KUNAK: Pemandu dan kelindan sebuah lori pengangkut kenderaan jenis Nissan UD, bernasib baik tidak cedera selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 6, Jalan Kunak-Tawau, pada petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, lori yang membawa tiga kenderaan itu dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Kejadian itu menyebabkan gangguan aliran trafik, namun keadaan berjaya dikawal dengan bantuan petugas pengurusan trafik projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Pakej Kerja 17 (WP17).

Pekerja projek yang bertugas sebagai pengawal trafik turut membantu mengawal pergerakan kenderaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Pengguna jalan turut diarahkan menggunakan laluan sementara yang disediakan berhampiran lokasi kejadian bagi mengelakkan kesesakan lebih serius.

Aliran trafik kembali terkawal secara beransur-ansur selepas lebih sejam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved