Dua pemandu mabuk kena sehari, denda

LocalPolitics
15 Feb 2025 • 2:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Dua pemandu lelaki tempatan berusia 50-an masing-masing dipenjara sehari dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada Januari lalu.

Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua lelaki itu mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).

AdvertisementKesalahan itu dilakukan ketika sekatan jalan raya dalam operasi Ops Mabuk yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada waktu malam antara Batu 4 dan Batu 5, di sini.

Kedua-duanya membayar denda dan menjalani hukuman penjara sehari, selain lesen memandu mereka digantung selama dua tahun.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sementara itu, seorang lagi lelaki tempatan berusia 50-an mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan dibenarkan ikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh sebutan kes seterusnya.

Di mahkamah sama, seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan seorang wanita berusia 50-an turut dipenjara sehari serta denda RM6,500 atau tujuh bulan penjara bagi lelaki, dan RM5,500 atau lima bulan penjara untuk wanita kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan membabitkan individu lain.

AdvertisementMahkamah turut memerintahkan rekod sabitan mereka diendors pada lesen memandu masing-masing.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan berusia 20-an didenda RM5,500 atau penjara 11 bulan kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang tidak sepadan dengan kenderaan miliknya.

AdvertisementDia menjalani hukuman penjara selepas gagal membayar denda.

Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Irianshah Bakar, mengendalikan pendakwaan.