[KEMAS KINI] Lelaki maut jatuh kondo, mayat isteri, 2 anak dalam bilik

27 Aug 2026 • 11:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMAS KINI] Lelaki maut jatuh kondo, mayat isteri, 2 anak dalam bilik

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kediaman bertingkat di Desa ParkCity, di sini, petang tadi, manakala jasad isteri dan dua anaknya pula dijumpai dalam rumah di kawasan sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang menimpa empat beranak itu kira-kira pukul 3.32 petang.

Menurut beliau, pihaknya bergegas ke lokasi dan membuka pintu rumah dengan bantuan pihak bomba.

“Pemeriksaan menemukan tiga individu yang telah meninggal dunia di dalam bilik berasingan. Mangsa terdiri daripada seorang wanita tempatan berusia 47 tahun yang merupakan isteri kepada lelaki terbabit serta dua anak masing-masing kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian leher.

Polis turut menjumpai sebilah pisau di dalam rumah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mati mengejut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post [KEMAS KINI] Lelaki maut jatuh kondo, mayat isteri, 2 anak dalam bilik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved