Dua peniaga bazar selisih faham cetus rusuhan

28 Mar 2024 • 2:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perselisihan faham dua peniaga berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan bertukar kecoh hingga berlaku pertengkaran pada Selasa. - Foto dijana oleh AI 123rf, gambar kecil: Shahrulnizam

PETALING JAYA - Perselisihan faham dua peniaga berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan dekat sini bertukar kecoh hingga berlaku pertengkaran pada Selasa.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang menjual popia berselisih faham dengan wanita yang berniaga jus tembikai.

Difahamkan, lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati selepas wanita terbabit didakwa masuk ke kawasan tapak perniagaannya.

Menurut sumber, lelaki terbabit kemudian mengambil sebatang besi sebelum memukul mangsa sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan.

"Mereka kemudian dibawa ke balai polis sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain

"Bagaimanapun pada jam 5.30 petang keesokannya (Rabu), anak-anak lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati kemudian menyerang anak saudara wanita itu yang sedang berniaga dan berlaku rusuhan," katanya pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kes terbabit.

Katanya, polis telah menahan tujuh individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an membabitkan empat lelaki dan tiga wanita.

"Kesemua tangkapan telah direman dua hari bermula Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved