Dua penjawat awam dicekup khalwat dalam pantri pejabat akan didakwa

16 Sep 2026 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua penjawat awam dicekup khalwat dalam pantri pejabat akan didakwa
Dua penjawat awam dicekup khalwat dalam pantri pejabat akan didakwa. FOTO: Gambar HIASAN dijana AI

KOTA BHARU – Kes dua penjawat awam Kementerian Kesihatan yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di pantri pejabat di bangunan Wisma Kerajaan di Gua Musang, Khamis lalu, kini dalam proses untuk pendakwaan.

Menurut sumber, pasangan lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira jam 4 petang selepas dipercayai berada berdua-duaan di dalam pantri pejabat jabatan berkenaan.

“Kertas siasatan kes berkenaan dalam proses untuk disiapkan dan akan diangkat ke tindakan pendakwaan,” katanya kepada Sinar Harian

Sebelum ini, akhbar melaporkan, mereka dipercayai berada di dalam pantri dengan pintu berkunci sehingga anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan terpaksa membuka pintu secara paksa.

“Apabila pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun sempat dilihat anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.

“Difahamkan, tindakan mereka itu sebelum ini turut diperhatikan kakitangan lain apabila dipercayai sering masuk berdua-duaan ke pantri tanpa alasan yang jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu,” katanya.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved