Dua penunggang basikal maut dirempuh kenderaan pemandu mabuk

WorldCars
26 Oct 2026 • 4:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua penunggang basikal maut dirempuh kenderaan pemandu mabuk

WASHINGTON: Dua penunggang basikal maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kenderaan yang dipandu pemandu disyaki mabuk merempuh kumpulan kayuhan bertema Halloween sebelum beliau melarikan diri.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila kumpulan kira-kira 30 penunggang basikal yang bergerak di Kingsley Street berhampiran Tudor Avenue, California  dirempuh secara tiba-tiba oleh kenderaan itu  dari arah bertentangan pada jam 10.39 malam waktu tempatan pada Sabtu.

Saksi di lokasi memberitahu pihak polis bahawa kumpulan berkenaan sedang menyertai kayuhan santai bertema Halloween yang dianjurkan secara persendirian dan tidak melibatkan penajaan atau pengurusan pihak perbandaraan.

Nahas tragis itu meragut nyawa mangsa pertama di lokasi kejadian pada jam 10.44 malam waktu tempatan, iaitu hanya lima minit selepas rempuhan berlaku akibat kecederaan parah.

Seorang lagi mangsa wanita yang dikejarkan ke hospital tempatan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian pada jam 1.19 pagi waktu tempatan Ahad.

Mangsa ketiga yang mengalami kecederaan serius kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital, manakala penunggang keempat yang mengalami luka di kepala enggan menerima rawatan lanjut.

Laporan media tempatan memetik dakwaan bahawa salah seorang mangsa diseret sejauh lebih 1.6 kilometer sebelum ditinggalkan di kawasan perumahan berhampiran, tetapi butiran berkenaan masih belum disahkan secara rasmi oleh polis.

Suspek yang dikenali sebagai Valentin Alberto Rodriguez, 38, berjaya ditahan di rumahnya berhampiran Montclair pada jam 2.40 pagi waktu tempatan Ahad selepas dikesan menerusi maklumat saksi.

Rodriguez kini ditahan di Pusat Tahanan West Valley dan berdepan beberapa pertuduhan berat termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian, melarikan diri dari tempat kejadian serta membunuh tanpa niat menggunakan kenderaan.  – AGENSI

The post Dua penunggang basikal maut dirempuh kenderaan pemandu mabuk appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved