Dua penunggang ke RXZ Members cedera, motosikal terbakar

31 Jul 2026 • 11:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua penunggang ke RXZ Members cedera, motosikal terbakar

ROMPIN – Dua penunggang motosikal yang dalam perjalanan menyertai program RXZ Members di Terengganu terlibat dalam kemalangan menyebabkan motosikal ditunggang mereka terbakar di Kilometer 100 Jalan Kuantan-Segamat, di sini malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan mangsa yang berumur 41 dan 34 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki serta kepala.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu melibatkan motosikal jenis Yamaha RXZ dan Suzuki TXR150.

Katanya, siasatan awal mendapati semasa kejadian penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam perjalanan dari arah Johor menghala ke arah Terengganu untuk menyertai program RXZ Members.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba penunggang motosikal RXZ dipercayai terjatuh di atas jalan dan dalam masa yang sama penunggang motosikal jenis Suzuki TXR 150 yang datang dari arah belakang melanggar motosikal RXZ.

“Kedua-dua motosikal terseret di permukaan jalan dan terbakar manakala penunggang motosikal sempat diselamatkan oleh orang awam,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal Yamaha RXZ terjatuh lalu dilanggar oleh sebuah lagi motosikal yang datang dari arah sama. – KOSMO! ONLINE

The post Dua penunggang ke RXZ Members cedera, motosikal terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved