Dua premis jual baja tanpa lesen diserbu KPDN

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2026 • 11:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua premis jual baja tanpa lesen diserbu KPDN

SEREMBAN – Dua premis di Seremban dan Kuala Pilah diserbu selepas dikesan menjalankan aktiviti penjualan baja, iaitu barang kawalan berjadual, tanpa lesen sah menerusi Ops Tiris 4.0, Isnin lalu.

Operasi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan itu dijalankan membabitkan pemeriksaan premis yang menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual komoditi baja di seluruh negeri.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, hasil pemeriksaan mendapati masing-masing satu kes di Seremban dan Kuala Pilah disyaki menjual barang kawalan tanpa memiliki lesen menjual barang kawalan yang sah.

“Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM29,000 dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi pertubuhan perbadanan pula, denda tidak melebihi RM2 juta. – KOSMO! ONLINE

The post Dua premis jual baja tanpa lesen diserbu KPDN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved