Dua program Kopan sempena Ramadan

LocalEntertainment
2 Mar 2025 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

PERSATUAN Komposer, Penulis Lirik, dan Artis Nasyid Sabah (Kopan) tampil dengan dua program istimewa sepanjang Ramadan ini, iaitu Sahmura Kinabalu dan Tazkirah Ramadan Kopan.

Presidennya, Nazri Saidali, berkata kedua-dua program ini, dengan kolaborasi S. Nazri Kausar Production, bertujuan untuk mengangkat irama nasyid serta menyemarakkan semangat keimanan di bulan penuh keberkatan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Diharapkan melalui program seumpama ini, masyarakat dapat memperbaharui dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan di bulan Ramadan melalui pengajaran yang berkait rapat dengan ibadah puasa, amal soleh, dan kelebihan bulan ini.

“Kopan juga komited menggunakan platform seni nasyid sebagai saluran dakwah yang efektif dalam menyebarkan mesej-mesej Islam yang positif serta menyemai nilai-nilai murni melalui karya seni yang bermakna,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sahmura Kinabalu: Bicara santai bersama penggiat nasyid

Program Sahmura Kinabalu, yang dikendalikan oleh Apiz Paschya, mengupas secara santai perjalanan seni dalam industri muzik nasyid di Malaysia, khususnya di Sabah. Dalam setiap episod, komposer, penulis lirik, dan penyanyi nasyid berkongsi pengalaman mereka dalam menghasilkan lagu-lagu yang menyentuh jiwa pendengar.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Selain membincangkan aspek muzik, program ini turut mengetengahkan keunikan budaya serta cabaran yang dihadapi oleh artis nasyid tempatan. ANTARA penggiat seni nasyid yang terlibat adalah Shaiffulhan, Kumpulan The Musafeer, Elty, Asfarinah dan Masriezan.

“Bicara santai ini bukan sekadar menyelami perjalanan muzik nasyid, tetapi juga menyentuh sisi budaya dan keunikan Sabah dalam dunia muzik.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Diharapkan kisah dan lagu yang diketengahkan dalam Sahmura Kinabalu dapat menyampaikan mesej positif kepada generasi muda, khususnya,” kata Nazri yang juga seorang komposer.

Antara penyanyi, komposer, dan penulis lirik yang terlibat dalam 10 episod Sahmura Kinabalu termasuklah Masriezan Masri, Shaiffulhan Saidin, The Musafeer, Sahrol Suhod, Asfarinah Mansor, Elty @ Mazhair Shahroz Muhasip, Hafizualis Juhary, Aisy Qushayyi, Fairuz Harun, dan Shaiful Shara.

Tazkirah Ramadan Kopan: Menghayati keberkatan Ramadan

Tazkirah Ramadan Kopan pula adalah siri tazkirah ringkas yang disampaikan oleh para ustaz bertauliah dalam persatuan. Program ini bertujuan untuk memperbaharui serta meningkatkan keimanan masyarakat sepanjang bulan Ramadan dengan memberi penekanan terhadap ibadah puasa, amal soleh, dan akhlak mulia.

Selain itu, program ini juga mengukuhkan hubungan sesama ahli Kopan serta menggalakkan penggunaan seni nasyid sebagai medium dakwah yang berkesan.

Tazkirah ini menampilkan Ustaz Aisy Qushayyi (tiga episod), Ustaz Masriezan Masri (satu episod), Ustaz Elty @ Mazhair Shahroz Muhasip (dua episod), dan Ustaz Syaiful Azlan (satu episod).

Kedua-dua program ini boleh ditonton di saluran YouTube rasmi S. Nazri Kausar Production, serta di platform media sosial TikTok dan Facebook Kopan bermula 1 Ramadan (Ahad) untuk program Sahmura Kinabalu, manakala Tazkirah Ramadan Kopan mula bersiaran sejak 27 Februari lalu.