Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Kolok, 1,560 Biji Epam Dirampas

21 Aug 2026 • 10:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Kolok, 1,560 Biji Epam Dirampas

NARATHIWAT, 21 Ogos (Bernama) -- Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Kolok di sini Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka.

Ketua Polis Sungai Kolok Kol. Thun Sirikhunt ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Anukachart Usorn, pekan Sungai Kolok, hasil risikan dan maklumat orang awam.

Baca juga:

Thun berkata dadah berkenaan, yang dikategorikan sebagai bahan psikotropik Kategori 2, dibungkus dalam 39 pek lepuh yang setiap satunya mengandungi 40 tablet dan keseluruhannya dianggarkan bernilai 10,608 Baht (100 Baht = RM12.34).

Beliau berkata kedua-dua suspek disiasat kerana memiliki bahan psikotropik Kategori 2 bagi tujuan penjualan tanpa kebenaran.

Menurutnya, kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih 20,000 Baht, atau kedua-duanya sekali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved