Dua rumah musnah dalam kebakaran di Lahad Datu

7 Dec 2024 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Dua rumah musnah sepenuhnya manakala tiga lagi rosak dalam kejadian kebakaran di Taman Aman 1, Jalan Silam, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sumsoa Rashid, berkata beliau berada di kawasan berhampiran semasa kejadian dan membuat panggilan ke balai jam 5.31 petang.

Pasukan seramai 19 anggota bomba dikejarkan ke lokasi dengan dua jentera bomba, sebuah kenderaan EMRS, dan sebuah pacuan empat roda (4WD).

Setibanya di lokasi, pasukan melaporkan kebakaran melibatkan lima rumah teres setingkat.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more “Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan empat pancutan menggunakan sumber air daripada pili bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 6.30 petang. Dua rumah musnah sepenuhnya, satu rumah mengalami kerosakan 50 peratus manakala dua lagi mengalami kerosakan 20 peratus,” katanya.

Menurut Sumsoa, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam, dan kakitangan Sabah Electricity turut berada di lokasi kejadian.

Operasi berakhir jam 8.35 malam selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.