Dua rumah simpan 34 tan barang kitar semula, sampah dibersih

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua rumah simpan 34 tan barang kitar semula, sampah dibersih

JOHOR BAHRU – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Johor membersihkan 34 tan sampah dari dua kediaman di Taman Permas Jaya dan Taman Sentosa, di sini hari ini.

Pengarah SWCorp Johor, Zainal Fitri Ahmad berkata, kesemua sampah tersebut dikutip dari rumah yang didiami dua warga emas dengan 21 tan barangan dibersihkan di Taman Sentosa, manakala 13 tan dari rumah di Taman Permas Jaya.

Beliau berkata, operasi pemeriksaan dan tindakan susulan berkaitan aktiviti pengumpulan barang kitar semula dilakukan di kedua-dua kediaman terbabit bermula pukul 9 pagi sehingga tengah hari.

“Tindakan bersepadu itu dilaksanakan susulan aduan awam berkaitan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula yang tidak terkawal.

“Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk serta menjejaskan aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan komuniti setempat,” katanya ketika ditemui di Taman Permas Jaya, di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat longgokan barangan kitar semula dan sisa pepejal di kawasan premis yang memerlukan tindakan pengalihan serta pemulihan.

“Ini bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan secara teratur.

“Tindakan pembersihan dan pengalihan longgokan barangan kitar semula serta sisa pepejal dilaksanakan bagi memastikan kawasan berkenaan kembali berada dalam keadaan bersih, selamat dan terkawal,” katanya.

Tambahnya, pemantauan susulan akan diteruskan bagi memastikan pematuhan terhadap notis yang dikeluarkan.

“Tindakan lanjut dapat diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal memenuhi keperluan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan,” katanya.

The post Dua rumah simpan 34 tan barang kitar semula, sampah dibersih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved