Dua sahabat ditemui lemas. 'Ibu larang mandi laut, kini adik bongsu pergi buat selamanya'

23 Jul 2024 • 9:29 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEGEMBIRAAN dua sahabat sedang bermandi-manda bertukar tragedi ngeri apabila kedua-dua dari mereka ditemui lemas di Pantai Batu Layar pada Ahad.

Mangsa kedua, Haqim Abdul Rahim Lee, 20, berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 7.55 pagi tadi selepas di dapati tersangkut di batuan pantai berkenaan.

Kakak Mangsa, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 50, bagaimanapun mendedahkan, mangsa telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perancangan untuk bermandi-manda bersama rakan-rakannya dan dinasihati agar tidak berbuat demikian.

Nasib tidak menyebelahi adiknya apabila mangsa dipercayai dibawa arus ombak ke kawasan lebih jauh bersama rakannya, Muhammad Syahmi ZamZam, 26.

Lebih memilukan dedah Nur Diana, adiknya itu pergi buat selama-lamanya genap 41 hari selepas bapa mereka meninggal dunia akibat sakit tua.