Dua sungai di Raub tercemar, air berwarna hitam dan berbau busuk

LocalEnvironment
10 Oct 2026 • 8:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua sungai di Raub tercemar, air berwarna hitam dan berbau busuk

RAUB – Pencemaran Sungai Gali dan Sungai Lampan di sini semakin membimbangkan apabila pelbagai spesies ikan ditemukan mati, termasuk ikan tilan yang diketahui mempunyai daya tahan tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, keadaan itu mendorong beliau turun meninjau keadaan kedua-dua sungai berkenaan susulan aduan penduduk setempat.

Menurutnya , hasil tinjauan bersama Majlis Daerah Raub (MDR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Raub serta pihak polis mendapati air sungai berwarna hitam dan mengeluarkan bau, selain bangkai ikan ditemukan di sepanjang sungai.

“Hasil tinjauan bersama MDR, JPS Raub serta pihak polis mendapati air sungai berwarna hitam dan berbau, manakala pelbagai spesies ikan ditemukan mati di sepanjang sungai.

“Malah, ikan tilan yang diketahui mempunyai daya tahan tinggi turut menjadi mangsa pencemaran berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Fadzli menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan menyeluruh dengan segera bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran serta mengambil tindakan sewajarnya.

Menurutnya, kejadian itu tidak boleh dipandang ringan kerana bukan sahaja mengancam kelestarian ekosistem sungai, malah turut menjejaskan kehidupan dan urusan penduduk setempat. – KOSMO! ONLINE

The post Dua sungai di Raub tercemar, air berwarna hitam dan berbau busuk appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved