Dua suspek kes curi kabel di Ayer Tawar diberkas

11 Sep 2026 • 6:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua suspek kes curi kabel di Ayer Tawar diberkas

LUMUT – Dua lelaki ditahan pihak polis kira-kira pukul 6.45 petang semalam berkaitan kes curi kabel elektrik di sekitar Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, penahanan kedua-dua suspek itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Katanya, turut dirampas adalah 102 batang kabel berwarna hitam pelbagai saiz, sembilan kabel keadaan terbakar, empat guni mengandungi kabel telah dibakar dan satu guni kulit kabel telah dibakar.

“Tangkapan dan rampasan dibuat susulan laporan polis yang dibuat berkenaan kejadian kecurian kabel elektrik di sekitar Kampung Sungai Ramai kira-kira pukul 2.42 pagi pada hari yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini hari ini.

Hasbullah berkata, kedua-dua orang kena tahan (OKT) telah ditahan reman selama empat empat hari bermula 11 hingga 14 September ini untuk tujuan siasatan lanjut.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil hadir ke IPD Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005 atau mana-mana balai berhampiran. – KOSMO! ONLINE

 

The post Dua suspek kes curi kabel di Ayer Tawar diberkas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved