PATI Indonesia lari Depoh Tahanan Imigresen Ajil didakwa

21 Oct 2026 • 1:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PATI Indonesia lari Depoh Tahanan Imigresen Ajil didakwa

MARANG – Seorang lelaki warga Indonesia yang merupakan pendatang asing tanpa izi (PATI) mengaku bersalah
atas pertuduhan melarikan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu pada minggu lalu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Alihuddin, 42 , yang sebelum ini ditahan di depoh tahanan itu bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.

Berdasarkan pertuduhan, Alihuddin didakwa melarikan diri daripada jagaan Depot Imigresen Ajil, pada pukul 5 petang, 15 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan buat Alihuddin dan menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

The post PATI Indonesia lari Depoh Tahanan Imigresen Ajil didakwa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved