Dua Variasi Redmi Pad SE 8.7 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM599

TechnologyDigital
23 Aug 2024 • 5:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Pad SE 8.7 adalah tablet Android mampu milik seterusnya dari Redmi yang dijual untuk pasaran Malaysia. Xiaomi Malaysia membawa masuk dua variasi, iaitu 4G dan WiFi. Skrin tablet ini adalah seperti namanya iaitu 8.7-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Dua mod skrin Paper dan Classic turut disertakan agar sesuai digunakan pada bila-bila masa tidak kira kondisi pencahayaan.

image is not available

Tablet ini dijana dengan cip Helio G85 yang dipadankan dengan pilihan memori dan storan 4/64 GB atau 6/128 GB. Speaker adalah jenis stereo dengan Dolby Atmos, bateri 6,650mAH dengan pengecasan pantas 18W, kamera belakang 8MP dan kamera swafoto 5MP. Redmi Pad SE 8.7 ini turut menyokong sambungan bicu audio 3.5mm dan mengembangkan storan dengan kad mikro SD sehingga 2TB.

image is not available

Di Malaysia tiga warna ditawarkan iaitu Graphite Gray, Aurora Green dan Sky Blu. Harga jualan adalah RM599 untuk Redmi Pad SE 8.7 WiFi 6/128 GB, RM599 untuk versi 4G 4/64GB dan RM699 untuk versi 5G 6/128 GB. Sempena pelancaran dari 23 Ogos ke 1 September mereka yang beli mana-mana model 6/128 GB akan menerima kerangka pelindung rasmi bernilai RM149, atau yang membeli model 4/64 GB akan menerima diskaun RM50.