Dua wanita dipenjara 5 hari, denda RM3,000 guna MC palsu

20 Oct 2026 • 12:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua wanita dipenjara 5 hari, denda RM3,000 guna MC palsu

KOTA TINGGI – Dua wanita dijatuhi hukuman lima hari penjara serta denda RM3,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen sijil cuti sakit (MC) awal bulan ini.

Tertuduh, Alia Mysarah Hairol, 23, dan Nurin Atiqah Kamalrudin, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Najihah Hamidi.

Mengikut pertuduhan kedua-dua wanita itu secara bersama-sama bertempat di kedai perkakasan di Jalan Tun Sri Lanang telah memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit secara fraud yang mana diketahui bahawa sijil cuti sakit tersebut adalah palsu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nuraini Mohd Shapee manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hilmi Sulaiman Salahuddin.

Nur Najihah berkata, hukuman diberikan sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh kerana perbuatan memalsukan sijil sakit adalah satu kesalahan besar.

Katanya, hukuman penjara lima hari dijatuhkan dari tarikh tangkapan dan jika gagal bayar denda penjara tiga hari.

Berdasarkan fakta kes pada 5 Oktober 2026 pengadu merupakan pegawai perubatan telah dimaklumkan oleh staf klinik tersebut menyatakan terdapat individu telah memalsukan sijil cuti sakit yang ditandatangani atas nama pengadu sebelum pengadu kemudian telah membuat laporan polis di Kota Tinggi.

Pada 2 Oktober 2026 majikan Alia Mysarah telah dimaklumkan bahawa dirinya telah diberikan sijil cuti sakit atas nama tertuduh namun majikan berasa curiga dan telah membuat semakan lanjut dengan klinik terlibat. – KOSMO! ONLINE

The post Dua wanita dipenjara 5 hari, denda RM3,000 guna MC palsu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved