Tipu MC, dua wanita dipenjara lima hari, denda RM3,000

20 Oct 2026 • 12:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tipu MC, dua wanita dipenjara lima hari, denda RM3,000

KOTA TINGGI: Dua wanita dipenjara lima hari beserta denda RM3,000 masing-masing selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen sijil cuti sakit (MC), awal bulan ini.

Tertuduh, Alia Mysarah Hairol, 23, dan Nurin Atiqah Kamalrudin, 22, dijatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah dihadapan Majistret, Nur Najihah Hamidi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama-sama telah memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit yang mana diketahui bahawa sijil cuti sakit tersebut adalah palsu di sebuah kedai perkakas di Jalan Tun Sri Lanang, di sini pada 5 Oktober lalu.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nuraini Mohd. Shapee manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hilmi Sulaiman Salahuddin.-UTUSAN

The post Tipu MC, dua wanita dipenjara lima hari, denda RM3,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved