Tiga wanita ditahan terlibat kegiatan tipu MC

19 Oct 2026 • 5:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

tahanan

tahanan

KOTA TINGGI: Tiga wanita disyaki terlibat dalam kegiatan memalsukan sijil cuti sakit (MC) ditahan polis di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, suspek berusia lingkungan 22 hingga 23 tahun ditahan pada pukul 3.20 petang berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai perubatan sebuah klinik swasta, pada 5 Oktober lalu.

Katanya, pengadu yang juga seorang lelaki warga tempatan memaklumkan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan dokumen sijil cuti sakit.

“Hasil pemeriksaan mendapati sijil cuti sakit tersebut adalah palsu. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kota Tinggi telah berjaya menahan tiga orang suspek perempuan tempatan.

“Susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik manakala dua yang lain tidak mempunyai sejarah jenayah.

“Polis percaya penahanan ketiga-tiga suspek ini dapat membantu siasatan terhadap beberapa kes berkaitan pemalsuan dokumen sijil cuti sakit yang berlaku di sekitar daerah ini.

“Ketiga-tiga suspek ini telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Mahkamah telah membenarkan tahanan reman selama empat hari bermula 19 hingga 22 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu melengkapkan siasatan. – UTUSAN 

The post Tiga wanita ditahan terlibat kegiatan tipu MC appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved