(VIDEO) “Polis Macam Ni Rakyat Nak..” – Tegas Tolak Rasuah, Pegawai Polis Rakam Tindakan Pemandu Cuba ‘Sogok Duit’ Dipuji

1 Feb 2024 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini tular video di platform media sosial memaparkan seorang pegawai polis minta rasuah RM100 kepada pemandu warga UK.

Tetapi kali ini, cerita yang sama tular, cuma lain situasi, di mana yang pihak pemandu pula cuba memberi rasuah kepada pegawai polis.

Pihak polis rakam pemandu cuba beri duit rasuah

Dalam video yang dimuat naik di platform X, kelihatan seorang pemandu seakan-akan mahu mengeluarkan duit untuk merasuah seorang pegawai polis.

Tidak membiarkan ia berlaku, pihak polis terbabit merakam wajah pemandu itu dengan jelas berserta nombor pendaftaran kereta yang dinaiki.

Polis dipuji, patut dicontohi pegawai polis lain

Susulan ia sudah tular, tindakan pihak polis tersebut yang tegas tidak menerima rasuah dipuji netizen, malah menyuruh pegawai polis lain mencontohi sikap polis berkenaan.

image is not available

image is not available

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 900,000 ribu tontonan dan sebanyak 5000 tanda suka daripada pengguna.

image is not available 3 days ago

(VIDEO) "Memalukan Malaysia" - Anggota Polis Trafik 'Minta RM100' Dalam Klip Video Tular Disiasat