Dua warga asing ditahan dengan syabu 

18 Jul 2026 • 4:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua warga asing ditahan dengan syabu 

SEMPORNA: Polis menahan dua warga asing dan merampas dadah disyaki syabu dalam dua serbuan berasingan di Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Panji pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Tan Hiap Wah berkata suspek pertama ditahan dalam serbuan di tepi jalan Kampung Bangau-Bangau.

Lelaki berusia 32 tahun itu didapati memiliki 0.32 gram syabu bernilai RM20.

Beliau berkata suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek kedua ditahan pada hari sama di tepi jalan Kampung Panji. Warga asing berusia 27 tahun itu didapati memiliki 5.49 gram syabu bernilai RM450.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Tan berkata IPD Semporna akan terus memperhebat operasi bagi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan berkaitan dadah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved