
Selama hampir enam bulan, dunia MotoGP dipenuhi teori mengenai enjin “2025” Ducati DesmosediciGP, terutamanya tentang putaran jisim dalaman yang dikatakan memberi kesan besar terhadap prestasi. Namun, kini teori tersebut semakin tenggelam. Sumber teknikal dalaman mengesahkan bahawa enjin GP25 bukanlah punca sebenar sebarang masalah prestasi, malah akan terus digunakan untuk musim 2026. Malah, “asap” misteri dari jentera Bagnaia ketika GP Motegi baru-baru ini bukan berpunca daripada kegagalan enjin, tetapi dari komponen lain.
Dari segi pakej teknikal, komponen versi 2024 telah pun tersedia sejak perlumbaan pertama musim ini. Sesetengahnya seperti sistem ride-height, malah telah digunakan pada separuh awal musim. Namun, versi ride-height 2025 khusus untuk Bagnaia dilaporkan menyebabkan pergerakan motosikal terlalu agresif, lalu memaksa pasukan menilai semula setup tersebut. Menurut Luigi Dall’Igna, perbezaan antara GP24 dan GP25 “tidak begitu ketara”, dan komponen boleh dicampur atau ditukar mengikut cita rasa pelumba.
Bagnaia sendiri menjelaskan selepas ujian Misano bahawa dia kembali mencuba beberapa komponen lama yang pernah memberinya keyakinan lebih tinggi. Walaupun beliau tidak mengesahkan penggunaan penuh casis GP24 seperti Morbidelli, namun jelas pendekatan Ducati kini lebih fleksibel, bukan fokus kepada revolusi enjin, tetapi penalaan menyeluruh terhadap kombinasi casis, ride-height dan setup ergonomik untuk menyempurnakan pakej perlumbaan.
Dengan Marc Márquez sudah mengesahkan kejuaraan dunia lebih awal, fokus Bagnaia kini beralih kepada mempertahankan kedudukan ketiga keseluruhan. Konsistensi akan menjadi kunci utama dalam baki perlumbaan musim ini. Ducati dan pasukan factory perlu memastikan setiap keputusan teknikal memberi kestabilan prestasi, bukan sekadar eksperimen, bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh membuka ruang kepada pesaing lain dalam carta kejuaraan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
MotoGP
The post Ducati GP25: Bukan Enjin, Tapi Setup – Bagnaia Fokus Kekal No.3 Dunia appeared first on TW Media.
