
Suasana hujung minggu lalu memang cukup meriah apabila ratusan pemilik dan peminat Ducati dari seluruh negara turun bersama meraikan acara global We Ride As One 2026, sempena sambutan bersejarah 100 Tahun Ducati.
Dianggarkan sekitar 500 pemilik Ducati mengambil bahagian menerusi pelbagai ride-out dan aktiviti komuniti yang berlangsung serentak di beberapa lokasi termasuk Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Acara ini turut menghimpunkan komuniti seperti Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) bersama pengedar sah dan peminat Ducati dari seluruh Malaysia, menjadikan We Ride As One bukan sekadar konvoi biasa, tetapi simbol perpaduan komuniti Ducati.
Dalam masa sama, Ducati Malaysia turut mengingatkan pemilik model tertentu seperti Panigale V4 dan Streetfighter V4 mengenai kempen pemeriksaan keselamatan selepas jualan (CR300), dan pemilik disaran menghubungi pengedar rasmi Ducati terdekat untuk maklumat lanjut.
Jelas sekali, sambutan We Ride As One 2026 membuktikan komuniti Ducati di Malaysia terus berkembang dan kekal antara komuniti motosikal premium paling aktif di negara ini.
Teruskan Bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWMedia #DucatiMalaysia #WeRideAsOne #DOCM



The post Ducati Malaysia Satukan Ratusan Penunggang Ducati Sempena We Ride As One 2026 appeared first on TW Media.


