“Malam terbaik!”- Hannah Yeoh dipuji, Jogeton KL Festival 2026 hidupkan kemeriahan budaya tradisional

11 May 2026 • 10:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penganjuran Jogeton sempena Festival KL 2026 yang dilancarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh menerima pujian seorang pengguna Facebook yang menyifatkan acara itu sebagai antara malam terbaik pernah berlangsung di ibu negara tahun ini.

Menerusi hantaran yang tular di media sosial, individu terbabit memuji suasana meriah di Dataran Merdeka walaupun hujan lebat dan kesesakan trafik melanda sekitar pusat bandar malam tadi.

Acara anjuran Think City itu berlangsung penuh warna-warni dengan persembahan Joget tanpa henti selama 90 minit membabitkan gabungan lagu tradisional dan moden dalam bahasa Melayu serta Inggeris.

Image from: “Malam terbaik!”- Hannah Yeoh dipuji, Jogeton KL Festival 2026 hidupkan kemeriahan budaya tradisional

Menurut perkongsian tersebut, orang ramai tetap hadir dengan payung dan baju hujan demi memeriahkan acara berkenaan walaupun cuaca tidak mengizinkan.

“Ini mungkin pesta hujan yang hampir semua rakyat Malaysia akan suka,” tulis individu berkenaan.

Image from: “Malam terbaik!”- Hannah Yeoh dipuji, Jogeton KL Festival 2026 hidupkan kemeriahan budaya tradisional

Malah, beliau turut menyifatkan malam itu sebagai “mungkin antara malam terbaik untuk menjadi rakyat Malaysia” selain memuji suasana komuniti dan kemeriahan acara yang berlangsung di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Penyanyi Aisha Retno turut mencuri perhatian apabila tampil menyanyi dan menari bersama pengunjung, manakala orang ramai dilihat berjoget bersama lagu Thriller nyanyian Michael Jackson.

Image from: “Malam terbaik!”- Hannah Yeoh dipuji, Jogeton KL Festival 2026 hidupkan kemeriahan budaya tradisional

Image from: “Malam terbaik!”- Hannah Yeoh dipuji, Jogeton KL Festival 2026 hidupkan kemeriahan budaya tradisional

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi positif netizen yang memuji usaha membawa lebih banyak acara santai dan budaya ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Sumber: FB Jahabar Sadiq