Duduk Flat Selera Kondo, Wanita Terkedu Jiran Beri Warning Gara-Gara Terambil Parking

1 Nov 2023 • 8:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamba cop parking, padahal duduk di flat

Duduk Flat Selera Kondo, Wanita Terkedu Jiran Beri Warning Gara-Gara Terambil Parking. Isu cop parking ini bukanlah sesuatu yang baru malah sudah menjadi masalah utama di kawasan perumahan flat. Sudahlah setiap rumah masing-masing memiliki sekurang-kurangnya 2 buah kereta, kawasan parking yang disediakan pula terhad dan tidak proper.

Begitulah kisah yang berlaku kepada nasib seorang penduduk di sebuah flat yang difahamkan terletak di Jalan Matang, Kuching.

image is not available
Duduk Flat Selera Kondo, Wanita Terkedu Jiran Beri Warning Gara-Gara Terambil Parking Sumber : Google

Baru-baru ini, seorang individu memuat naik satu hantaran di Facebook mendakwa beliau telah mendapat satu ‘notis’ daripada jirannya.

Menerusi hantarannya itu, beliau telah menerima sekeping kertas yang difahamkan sebagai ‘amaran terakhir’ daripada jirannya.

Dalam kertas tersebut jelas tertera jirannya tidak berpuas hati gara-gara individu ini memarkir kenderaan di tempat letak kereta ‘milik’ jirannya itu.

Notis tersebut sengaja ditulis dengan tulisan tangan dengan mesej:

Last warning. Jangan parking disini. Kami boleh balik bila-bila masa sahaja. Nanti tiada tempat parking”

Tulisnya

image is not available
Kredit: Facebook

Setelah menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Antaranya, ada juga mengalami situasi yang sama di kawasan perumahan yang sama. Tambahnya, beliau telah pun dimaki gara-gara terambil tempat parking yang sudah pun ‘dicop’ oleh penduduk di situ.

image is not available

Ramai juga beranggapan jirannya itu mempunyai ‘citarasa kondo’ di mana sekiranya anda tinggal di kondominium setiap rumah akan dikhaskan sebuah parking untuk penghuni kondo tersebut.

Namun, perumahan flat tidak menggunakan kaedah ini, sebaliknya penduduk diarahkan mengamalkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

image is not available

Mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang sengaja ‘cop’ parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau dipenjara tidak lebih 7 bulan dan jika kesalahan itu berulang kali kedua atau lebih; individu itu akan dikenakan denda maksimum RM4,000 atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/tular-tindakan-wanita-cop-parking-di-the-spring-kuching-netizen-sindir-dengan-jenaka-sinis/

https://www.iloveborneo.my/tak-boleh-cop-parking-sesuka-hati-dikira-kesalahan-bawah-akta-jpj/