“Pentingkan diri!” – Bas Tersekat Gara-gara Kereta ‘Parking’ Dekat Simpang Tepi Jalan

Entertainment
13 Oct 2023 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak anda nampak beberapa kenderaan yang mengganggu trafik seperti parking di tempat larangan? Contohnya, kenderaan yang parkir berhampiran dengan simpang sehingga mengganggu lalu lintas.

Baru-baru ini tular dua video yang dimuat naik oleh pengguna X, memaparkan sebuah bas perantara yang tersekat di sebuah simpang jalan gara-gara beberapa kereta yang parkir berhampiran kawasan itu.

Bila parking di tempat yang tak sepatutnya, kan dah ganggu trafik. Pentingkan diri.

Bas perantara itu dilihat tersekat ketika mahu keluar dari sebuah simpang jalan oleh sebab beberapa kenderaan yang parkir di berhampiran dengan simpang tersebut.

Untuk mengelakkan berlanggar dengan kereta-kereta itu, bas itu berhenti dan membunyikan hon berkali-kali bagi memberi isyarat untuk pemilik kenderaan mengubah kedudukan kereta. Namun begitu, pemilik kereta-kereta tersebut tidak juga datang untuk mengalihkan kereta mereka.

Akhirnya setelah beberapa kali mencuba, bas itu dapat melalui ruang yang sempit itu. Jelas dalam video itu, kenderaan-kenderaan tersebut parkir di tepi jalan yang tiada petak untuk meletakkan kenderaan.

Menjengah di ruangan balas dalam posting ini, ramai netizen memberi kecaman kepada pemandu kereta yang telah mengganggu trafik di kawasan tersebut.

image is not available

Kan dah menyusahkan orang lain…

Sumber: X

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.