Dugaan Ramadan, Sky Terlepas Sahur Gara-Gara … - “Maaf, Telefon Daddy Tak …”

15 Mar 2025 • 10:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pertama kali berpuasa tanpa isteri tercinta, suasana Ramadan kali ini agak berbeza buat pempengaruh dan usahawan Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzuan Ridzokumura apabila perlu menguruskan anaknya Sky Taizo Okumura sendirian.

Alarm tak bunyi
 

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram @Ridzokumura, Ridzuan meluahkan rasa kesal selepas terlajak tidur sehingga membuatkan anaknya Sky terlepas waktu bersahur. 
 
Perkara tersebut difahamkan berlaku setelah bunyi penggera telefonnya gagal berfungsi. 
 

“Kesian Sky terlepas bersahur, terlepas subuh. Maaf Sky telefon Daddy tak berbunyi,” tulisnya. 
 

Pada hujung Februari lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia tanpa menjelaskan punca kematian.
 
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor, semalam.
Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
 
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun. 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved