“Duit Banyak, Tak Perlu Ditaja Lelaki” – Dituduh Ada ‘Sugar Daddy’, Risteena Pertahan Ruhainies

EntertainmentLifestyle
30 Jul 2025 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Risteena tampil memberi kenyataan berhubung dakwaan terhadap adiknya, Ruhainies, yang dikaitkan dengan isu memiliki ‘Sugar Daddy’.

Menerusi Instagram Story, Risteena mendedahkan telah menghubungi peguam dan sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan fitnah tersebut. Tulisnya,

Pada awalnya saya memang tak mahu campur kes ini. Tapi saya dapat tawaran untuk cari orang itu.

Risteena mengakui dia hanya membantu setakat mampu, malah menyatakan hasrat untuk bersemuka dengan penyebar fitnah itu. Dia juga mempersoalkan masa individu tersebut yang sanggup meluangkan waktu untuk menulis komen sedemikian.

image is not available

Tambah Risteena, Ruhainies merupakan seorang wanita yang rajin bekerja dan tidak bergantung kepada mana-mana lelaki,

Kami tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak. Tak payah sugar daddy bela dia.

Menurut Risteena, tindakan undang-undang ini penting agar tiada lagi pihak yang membuat tuduhan sewenang-wenangnya dan membuli secara berterusan.

image is not available 2025-07-28 11:37:29

"Orang Keliling Dia Tu Lupa Eh Dia Ni Penyondol" - Hidup Serba Mewah, Ruhainies Didakwa 'Dibela' & Jadi 'Sugar Baby'?