Netizen Dakwa Bella Yang Mula ‘Spill The Tea’ Pasal Sugar Daddy, Ruhainies Minta Bukti

EntertainmentLifestyle
30 Jul 2025 • 12:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ruhainies Sugar Daddy

Pelakon Ruhainies tampil bersuara selepas tular dakwaan kononnya Bella Astillah yang mula membuat tuduhan dirinya ditanggung sugar daddy.

Ruhainies berkongsi semula kenyataan netizen di Instagram Story mempersoalkan tentang kesahihan dakwaan tersebut.

image is not available

Dia turut meminta netizen menunjukkan bukti sahih jika benar dakwaan dimulakan oleh Bella.

Bella mana ni? Betul ke dia ada cakap macam ni? Anis baca kat mana-mana RAMAI mention macam ni. Anyone boleh share if ada video atau statement tentang ni?

Pelakon itu menegaskan bahawa dia hanya mahu mendapatkan kepastian dan tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan.

Anis nak tahu adakah sekadar nak melagakan atau memang ada statement seperti ini dibuat umum. Thank you.

Netizen dakwa Bella pernah dedah sesuatu?

image is not available

Dalam hantaran sama, Ruhainies turut berkongsi komen-komen netizen yang mendakwa Bella pernah ‘spill the tea’ mengenainya.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti kukuh atau video tular yang menunjukkan Bella membuat kenyataan tersebut secara terbuka setakat ini.

Pssttt! Harapnya semua pihak dapat bersikap adil dan tidak mudah menjatuhkan seseorang hanya berdasarkan cakap-cakap orang tanpa bukti sahih.

Kredit: Instagram Ruhainies
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.