“Duit makan dah habis” – Lauk Udang Tumpah Dalam Kereta, Respon Kamal Adli Buat Netizen Tersenyum!

20 Aug 2026 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 20T163923.988

Satu hantaran tular di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas seorang pengguna berkongsi detik malang apabila lauk pauk yang dibelinya tumpah di atas karpet lantai kereta.

Berdasarkan foto yang dikongsi, kelihatan beberapa bekas makanan terbuka sehingga menyebabkan kuah masak lemak bergelimpangan di bahagian tempat duduk penumpang, bersama beberapa ekor udang bersaiz besar.

“Tak tau nak cakap apa. Dah lah duit makan dah habis ,” tulis pengguna berkenaan meluahkan rasa sedih dengan kejadian tersebut.

Perkongsian itu bukan sahaja mendapat simpati ramai, malah turut menarik perhatian pelakon terkenal, Kamal Adli yang tampil memberikan cadangan ‘penyelamat’ di ruangan komen.

cats 11

“Amik udang tu buang kulit. Boleh makan lagi okayy.. be strong. Pegi kedai tu topup kuah balik je taw,” tulis Kamal Adli memberi semangat.

Pengguna berkenaan kemudiannya membalas komen tersebut dan memaklumkan bahawa udang-udang berkenaan telah pun diselamatkan untuk dimakan bersama mi segera.

Bukan itu sahaja, pelakon Zila Bakarin turut meninggalkan komen mendedahkan beliau pernah mengalami situasi sukar yang sama sehingga terpaksa mengutip dan membasuh semula makanan yang jatuh.

111

Menjawab komen tersebut, pengguna berkenaan mengakui tidak tergamak membiarkan lauk itu terbuang begitu sahaja.

Rata-rata netizen terkesan dengan perkongsian berkenaan dan mendoakan agar individu tersebut dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan selepas berdepan ujian sedemikian.

cats 12

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved