“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

21 Nov 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.

Skrip sekadar hafal

Fatin bagaimanapun kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menganggap pelakon itu sebenarnya malah untuk belajar mengenai seni lakonan.

 

“’Bila rehearsal dialog lain, bila take, tukar dialog lain. Jadi budak baru tak boleh jawab’. Itu buli? Skrip tu sekadar hafal tapi tak study skrip betul-betul, memang takkan boleh nak jawab.

 

“Belajar terima teguran. Itu yang orang complain, berlakon kayu, keras. Sebab skrip sekadar baca. Producer tak bayar you untuk bazirkan masa semua orang. Belajar. Belajar. Belajar.

 

“Duit nak, fame nak, belajar tak nak,” kongsi Fatin menerusi Instastory miliknya.

Malu tonton

Mula berjinak dalam dunia lakonan sejak usia lapan tahun, Fatin turut memberitahu dia menjadi malu menonton temu bual pelakon lelaki tersebut.

 

“I berlakon dari I umur lapan tahun. Macam-macam manusia dah I jumpa. I dengar interview tu, I yang malu. Apo bro,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, Intan Najuwa menerusi Instastory meluahkan rasa kecewa apabila ada pelakon baharu mendakwa mereka dibuli di set penggambaran.

 

Menurut Intan, sepanjang menceburi bidang lakonan dia tidak pernah dibuli dengan mana-mana pelakon yang lebih senior dan ramai antara mereka hanya memberi teguran untuk menambah baik kualiti lakonannya.

 

Intan turut memuat naik video temu bual pelakon Alif Muhaimin, mendakwa budaya buli di antara pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga kini.


Menurut Alif atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman, perkara ini seolah-olah sudah dinormalisasikan hanya kerana ia berlaku sejak zaman berzaman.