“Jaga Attitude, Jangan Main Phone, Be On Time" - Hariz Hamdan Nasihat Tak Perlu Sombong Dengan Senior

21 Nov 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Hariz Hamdan menasihatkan amat penting bagi pelakon untuk menitikberatkan soal disiplin dan tingkah laku ketika berada di set penggambaran.
 

Jaga attitude, jangan main phone, fokus kerja


“Saya juga tahu tentang isu apa yang berlaku sekarang, jika ditanya tentang buli dekat set penggambaran, alhamdulillah saya tak pernah lagi alaminya.
 
“Mungkin sebab saya terapkan dalam diri saya apabila saya berlakon dekat set saya nak bekerja. Bila kita bekerja sebagai pelakon, itu adalah kerjasama bukannya individu.







Jangan sombong dengan senior






“Pada saya apabila dapat peluang untuk jumpa mereka, itu merupakan pengalaman sekali seumur hidup jadi apa yang saya kena buat adalah jaga tingkah laku, tegur dan timba ilmu dengan mereka.
 
“Sebab kebanyakan pelakon senior mereka tidak kedekut ilmu. Setakat ini saya tidak ada pengalaman buruk dekat set penggambaran.







Program ini akan bersiaran bermula 29 November depan selama 10 minggu, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).